Sunday, November 1, 2009

Outing 09/10 : Bowling di Mines

Kumpulan 4

Kumpulan 3

Kumpulan Second

Kumpulan Longkang

Pada 1 November 09, warga ZP telah berpeluang beriadah dengan bermain bowling di The Mines. penampilan kali ini yang menemukan 4 kumpulan iaitu kumpulan 1 @ Longkang, kumpulan 2 @ Second, kumpulan 3 dan kumpulan 4. Ternyata perlawanan bowling ini ternyata sengit dengan memberi harapan untuk warga floor merampas takhta Johan Kejohanan Bowling Interfloor kelak. Di sini dimuatkan sebahagian detik emas semasa di sana.


Aksi Comark yang berbahaya, komen beliau selepas tamat perlawanan "Teruk prestasi saya pada hari ini"


Pada akhirnya, semua adalah JOHAN.. x)

Pulang menaiki bas......

p/s: admin memohon maaf di atas post yang tidak dipaparkan sebelum ini, insyaAllah semuanya akan di post secepat mungkin.. t'kasih ats kesabaran semua..HIDUP ZP!!

Monday, September 7, 2009

Nasyid Milik Kita Lagi dan juga..........

Pagi 6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430, menjadi saksi apabila warga ZP mengulangi pencapaian pada tahun lalu apabila dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Nasyid sempena SHARAK. Tahniah buat semua warga ZP!! Meski format baru yang diperkenalkan pada edisi nasyid kali ini dengan menyelitkan pentomin, sedikit pun tidak menggentarkan ahli ZP yang sememangnya berbakat. Lagu baru yang bertajuk ' Marhaban Ya Ramadhan' menjadi santapan halua telinga warga KTDI, seperti tahun sebelumnya College Master Award Ceromony '09 berlansung bersama pertandingan ini. Sedikit gambaran buat warga ZP dan juga alumni yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya :

Ketung (Ustaz) dan Se'te (Ali)

Wajah baru dan lama, penyeri pasukan nasyid ZP

Tidak cukup dengan itu kejayaan ini lebih manis apabila warga ZP juga turut merangkul Anugerah Akademik Terbaik bagi Siswa bagi Semester 2 08/09. Ternyata kita sememangnya 'Survivor of the new Era'. =D

Gambar kenanga bersama pihak pengurusan KTDI. x)

Saturday, June 27, 2009

Zp-an di Taman Negara


Pada 19 Mei 2009..Dua orang ahli Zp telah menjejakan kaki ke Taman Negara Pahang..Berikut merupakan info mengenai Taman Negara Pahang :



Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 2,477 km persegi iaitu kira-kira 57% dari keluasan keseluruhan Taman Negara. Sebahagian besar muka buminya merupakan kawasan berbukit bukau dengan kemuncaknya terdiri daripada Gunung Teku, Gunung Tangga Dua Belas dan Gunung Tahan. Sungai Tahan yang bermula dari Gunung Tahan merupakan sungai utama yang membentuk sistem saliran di dalam Taman Negara Pahang. Tumbuhan yang terdapat di sini pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dari jenis Hutan Dipterokarp dan Hutan Tanah Tinggi (Montane forest). Taman Negara Pahang juga kaya dengan kepelbagaian faunanya yang terdiri daripada kumpulan mamalia besar seperti Badak Sumatera dan Harimau, primat, burung, reptilia, amfibia dan pelbagai spesies ikan dan serangga. Terdapat beberapa spesies hidupan liar yang endemik di kawasan ini seperti Burung Kuang Cermin, Burung Kuang Gunung, Burung Prinia Bukit (Prinia astrogularis) dan spesies labi-labi air tawar(fresh water turtle; Chitra indica). Pusat pentadbirannya pula terletak di Kuala Tahan yang juga merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Pintu masuk melalui Sungai Relau, Merapoh pula merupakan pintu masuk kedua ke Taman ini. Selain daripada itu beberapa pos kawalan juga telah diwujudkan di kawasan-kawasan sempadan seperti Kuala Yu, Kuala Terenggan, Kuala Kenyam dan beberapa kawasan lain untuk memelihara Taman Negara daripada di cerobohi. Taman ini ditadbir oleh Penguasa Taman Negara selaku ketua pentadbir dan dibantu oleh Timbalan Penguasa bagi membantu operasi di Kuala Tahan dan di Sungai Relau.






























Friday, April 3, 2009

Hi-Dinner Zealous Piranha 2008/2009




Zealous Piranha telah mengadakan Majlis Hi-Dinner Floor pada 28 & 29 Mac 2009,bertempat di Batu 4, Port Dickson. Program tahunan yang yang dikendalikan oleh pelajar bukan tahun akhir ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Hi-Dinner kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 4 orang alumni (Kodong, Subi, Jebo & Kap). Pada sebelah malam, telah berlangsung penyampaian anugerah floor selepas jamuan makan malam. Berikut adalah senarai pemenang anugerah ZP :

Anugerah Gagak Hitam : Lubo
Anugerah Paling Gampang : Bunting
Anugerah Kapan : Jebo
Anugerah Floormate Sejati : Cuki & Se'te
Anugerah Raja Cong : Totti
Anugerah Speaker Floor : Abi
Anugerah None Malay Aktif : Muki

Majlis diteruskan dengan persembahan bukan final year, final year & alumni dan diakhiri dengan sesi sharing.

Thursday, April 2, 2009

Zealous Piranha menang floor terbaik

ZP'an meraikan kejayaan ZP

ZP : Floor Terbaik 2008/2009

Anugerah Kepimpinan Harapan

Anugerah Setia Tun

Anugerah Floor Terbaik

Tahniah kepada Zealous Piranha (ZP) kerana memenangi Anugerah Tingkat Terbaik sesi 2008/2009. ZP menewaskan 15 lagi floor yang ada di Kolej Tun Dr. Ismail. Berkat usaha gigih ahli-ahli floor, ZP mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi floor lelaki pertama menjadi juara keseluruhan selepas 3 tahun anugerah tingkat terbaik digabungkan (sebelumnya Tingkat Terbaik Siswa & Tingkat Terbaik Siswi. Selain tingkat terbaik keseluruhan, ahli floor ZP juga turut memenangi anugerah individu iaitu Abee (Anugerah Setia Tun), & Burut (Anugerah Kepimpinan Harapan & Program Terbaik : MESRA). Kejayaan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada ZP'an untuk meningkatkan lagi semangat floor dan komitmen mereka sama ada di peringkat floor, kolej mahupun UPM.

Monday, October 13, 2008

Outing ZP : Gabai 2008

Sarapan di Hanifa

On the way

Zealous Piranha @ Gabai

Nk balik dah

Majlis Berbuka Puasa Zealous Piranha @ Chop N Steak

AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN

Thursday, August 21, 2008

Design Baju Floor ZP 08/09

Design depan

Design belakang

Logo depan

Tulisan belakang

Klik pada gambar utk paparan yang lebih besar





Sunday, August 17, 2008

Outing ZP : Rambutan 2008

Tangga sebagai peralatan khas

Sesi kutip rambutan

Teruskan berjalan mencari rambutan

Macam monyet daa...

Friday, August 15, 2008

Malam Pengiktirafan Freshie - Junior

BBQ sesi petang

Floorep dh hangus sbb duk dkt ngan api..hehe
Tarian India Anne & Acap

Bajing dgn aksinya

Zealous Piranha (ZP) telah mengadakan Majlis Malam Pengiktirafan Freshie 2008/2009 bertempat di Padang Mawar, Kolej Tun Dr. Ismail. Majlis yang diselenggarakan oleh freshie ini telah berlangsung selama selama 3 jam dari jam 9.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil freshie, senior dan juga alumni diikuti dengan jamuan makan malam. Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan freshie dan senior. Persembahan freshie bertemakan "reality show" yang berjudul "ZP Good Talent". Persembahan yang ala-ala rojak itu menggabungkan elemen drama, nyanyian dan juga aksi "Replies Believe It Or Not" (Luda). Manakala senior pula mempersembahkan "Tarian King Kong" yang menjadi tarian tradisi ZP sejak era Raging Dolphin (RD) lagi. Selepas acara persembahan, bermulalah detik yang ditunggu-tunggu para freshie iaitu upacara pengiktirafan freshie kepada junior. Pada upacara inilah, freshie mendapat sijil terhormat dengan mendapat nama floor yang akan menjadi nama panggilan mereka sepanjang berada di UPM. Majlis berakhir dengan bacaan ikrar freshie dan juga "Upacara Khas ZP". Semestinya malam tersebut akan membuka lembaran baru buat Zealous Piranha. "Survivor of the New Era"

Thursday, July 31, 2008

Boling Inter-Floor 2008

Wajah-wajah kecewa

Barisan pemain& pengurusan boling ZP

Jebo mewakili team boling ZP menerima hamper

Ape telah berlaku?

Walau no.4 tp kami ttp happy

Abee - sampai terpusing tangan

Tekun memerhatikan hala tuju bola

Cuki melakukan lontaran

Jipong merenung mata yang agak ketinggalan berbanding pasukan lain

Lontaran strike...hehe