Monday, September 7, 2009

Nasyid Milik Kita Lagi dan juga..........

Pagi 6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430, menjadi saksi apabila warga ZP mengulangi pencapaian pada tahun lalu apabila dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Nasyid sempena SHARAK. Tahniah buat semua warga ZP!! Meski format baru yang diperkenalkan pada edisi nasyid kali ini dengan menyelitkan pentomin, sedikit pun tidak menggentarkan ahli ZP yang sememangnya berbakat. Lagu baru yang bertajuk ' Marhaban Ya Ramadhan' menjadi santapan halua telinga warga KTDI, seperti tahun sebelumnya College Master Award Ceromony '09 berlansung bersama pertandingan ini. Sedikit gambaran buat warga ZP dan juga alumni yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya :

Ketung (Ustaz) dan Se'te (Ali)

Wajah baru dan lama, penyeri pasukan nasyid ZP

Tidak cukup dengan itu kejayaan ini lebih manis apabila warga ZP juga turut merangkul Anugerah Akademik Terbaik bagi Siswa bagi Semester 2 08/09. Ternyata kita sememangnya 'Survivor of the new Era'. =D

Gambar kenanga bersama pihak pengurusan KTDI. x)