Saturday, June 27, 2009

Zp-an di Taman Negara


Pada 19 Mei 2009..Dua orang ahli Zp telah menjejakan kaki ke Taman Negara Pahang..Berikut merupakan info mengenai Taman Negara Pahang :



Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 2,477 km persegi iaitu kira-kira 57% dari keluasan keseluruhan Taman Negara. Sebahagian besar muka buminya merupakan kawasan berbukit bukau dengan kemuncaknya terdiri daripada Gunung Teku, Gunung Tangga Dua Belas dan Gunung Tahan. Sungai Tahan yang bermula dari Gunung Tahan merupakan sungai utama yang membentuk sistem saliran di dalam Taman Negara Pahang. Tumbuhan yang terdapat di sini pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dari jenis Hutan Dipterokarp dan Hutan Tanah Tinggi (Montane forest). Taman Negara Pahang juga kaya dengan kepelbagaian faunanya yang terdiri daripada kumpulan mamalia besar seperti Badak Sumatera dan Harimau, primat, burung, reptilia, amfibia dan pelbagai spesies ikan dan serangga. Terdapat beberapa spesies hidupan liar yang endemik di kawasan ini seperti Burung Kuang Cermin, Burung Kuang Gunung, Burung Prinia Bukit (Prinia astrogularis) dan spesies labi-labi air tawar(fresh water turtle; Chitra indica). Pusat pentadbirannya pula terletak di Kuala Tahan yang juga merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Pintu masuk melalui Sungai Relau, Merapoh pula merupakan pintu masuk kedua ke Taman ini. Selain daripada itu beberapa pos kawalan juga telah diwujudkan di kawasan-kawasan sempadan seperti Kuala Yu, Kuala Terenggan, Kuala Kenyam dan beberapa kawasan lain untuk memelihara Taman Negara daripada di cerobohi. Taman ini ditadbir oleh Penguasa Taman Negara selaku ketua pentadbir dan dibantu oleh Timbalan Penguasa bagi membantu operasi di Kuala Tahan dan di Sungai Relau.