Friday, July 4, 2008

Salam Perkenalan Untuk ZP'ans


Zealous Piranha merupakan gelaran bagi tingkat 2 Mawar bermula sesi 2007/2008. Zealous Piranha merupakan gabungan daripada dua floor yang telah lama wujud sejak kolej ini siap dibina, iaitu tingkat 1 Mawar (Raging Dolphin) dan Top Mawar (Langquit). Penggabungan ini dilakukan kerana blok kenanga yang pada sesi sebelum 2007/2008 merupakan blok siswa, telah dijadikan blok siswi bermula sesi 2007/2008.Bilangan kemasukan siswi yang ramai sejak akhir-akhir ini telah memaksa pihak pengurusan untuk mewujudkan 3 blok siswi dan satu blok siswa. Sejak dahulu lagi, Raging Dolphin dan Langquit mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Kedua-duanya banyak melahirkan pemimpin yang berkebolehan di kolej ini. Gabungan kedua-dua floor ini ditempatkan di 2 Mawar. Dengan moto "Suvivor of the New Era", diharapkan Zealous Piranha dapat mengembalikan kegemilangan pioner mereka Raging Dolphin yang menjadi floor paling disegani di KTDI.

1 comment:

sufi-lubo said...

kepada smua zp'an.. inshaAllah pertandingan futsal interroom akan diadakan pada 25/07/08 iaitu padahari jumaat pukul 9 malam. kepada smu alumni djemput hadir.. hidup zp!!!