Sunday, July 13, 2008

Survivor of the New Era (2008 / 2009)

ZP membuka lembaran baru bg sesi 2008 / 2009 bermula 7 Julai 2008. Dengan hanya kurang separuh muka lama dan 21 muka baru menghiasi aras 2nd Mawar, aliran ZP akan terus berkembang ke generasi baru yang lebih segar. Merekalah yang akan terus memperjuangankan semangat ZP dan menjadi penentu nasib ZP bagi masa akan datang. Dari pandangan awal kami selaku senior ZP, kami dapat melihat potensi besar yang ada pada generasi baru ini untuk terus memartabatkan kembali ZP dalam persada KTDI serta dapat mengembalikan kegemilangan yang ada pada pioneer Zealous Piranha, iaitu Raging Dolphin (RD). Kalau dulu warga serta pentadbiran kolej sendiri sering memperkatakan kehebatan dan keunikan RD, kini ZP'ans generasi baru akan mengembalikan kata-kata tersebut dan menjadikan ZP sebagai buah mulut warga KTDI. Dalam bidang sukan sendiri contohnya olahragawan sering menjadi milik RD'ans seperti Doli, Tungke, Boy dan Din Milo. Mungkin selepas ini nama-nama sepert Syafiq, Tarmizi atau yang lain bakal terpahat dalam senarai olahragawan KTDI. Begitu juga dengan pengiktirafan-pengiktirafan lain.

No comments: